Geumsan Ginseng Asia 2010 Anuar Manan

Anuar Manan terpaksa meninggalkan Iran kerana masalah visa dan kemudian menandatangani kontrak dengan pasukan Korea Selatan Geumsan Ginseng Asia. Manan menjadi pelumba pertama Malaysia untuk memenangi satu peringkat di Le Tour de Langkawi 2010 , memenangi peringkat 5, dan juga menjadi pelumba pertama Malaysia untuk memenangi klasifikasi mata, dalam perlumbaan.

Beliau juga memenangi dua peringkat di Tour Thailand 2010 dan setiap satu di Tour Jawa Timur 2010 dan Tour Ganzhou Songcheng 2010 .

Pada 19 Mei 2010, Anuar Manan menerima sumbangan RM10,000 serta tanah seluas 449 meter persegi bernilai RM36,000 yang terletak di kawasan Tok Adis, Kuala Ibai. Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said menyatakann sumbangan itu diberi kepada atlet yang berjaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Beliau dari pasukan Geumsan Ginseng Asia adalah Raja pecut Le Tour de Langkawi 2010. Majlis penyerahan cek dan geran tanah telah diadakan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. [1]